Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday, March 8, 2010

WAHYU DAN TA'ARIFNYA

Wahyu memberi maksud pemberitahuan Allah S.W.T kepada sesiapa yang terpilih dikalangan hambaNya tentang apa yang ingin disampaikan dari warna hidayah dan ilmu.
~ wahyu datang dengan cara sembunyi dan luar biasa.

Contohnya:
a)Percakapan antara hmba dengan Tuhannya ; seperti dalam kisah Nabi Musa A.S berbicara dengan Allah S.W.T.

b) Ilham yang dikurniakan kepada hamba yang dipilih dengan cara paksa atau tidak dapat ditolak oleh penerima dan tidak ada keraguan lagi dalam ilham itu.

c) Mimpi yang benar datang dalam pasti dan tetap seperti cahaya subuh ketika terbitnya.

d) Perantaraan Malaikat Jibrail Alaihi Salam, Malaikat yang mulia.

# Cara malaikat Jibril turunkan Wahyu

a) Jibril datang dalam rupa sebenar.
~ dalam keadaan ini berlaku sebanyak dua kali, yang pertama di bumi iaitu pada permulaan penurunan wahyu iaitu surah Al-A’laq dan yang kedua di langit, iaitu pada malam peristiwa isra’ mi’raj.
b) Jibril datang dalam rupa manusia.

c) Jibril datang dalam keadaan sembunyi

d) Jibril datang dengan tanda seperti bunyi loceng



# Makna wahyu dari segi lughah


Terbahagi kepada pelbagai bentuk:

1) Ilham semulajadi kepada manusia.
Contoh: wahyu Allah S.W.T kepada ibu Musa A.S.
“dan kami ilhamkan kepada ibu Musa ;’susuilah dia (Musa), dan apabila kamu mengkhuatiri terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke Sungai ((Nil).”
Surah Al-Qasas ; ayat:7

2) Ilham yang tertentu kepada haiwan.
Contoh: wahyu Allah S.W.T kepada lebah.
“dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.”
(Surah An-Nahl ; ayat: 68)

3) Isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik.
Contoh: firman Allah S.W.T tentang Nabi Zakaria.
“maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
(Surah Maryam ; Ayat: 11)

4) Was-was Syaitan, iaitu godaan atau bisikan Syaitan sebagai perhiasan kejahatan bagi manusia.
Contoh:
“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.”
(Surah Al-An’am ; ayat:121)

5) Perintah dari Allah swt kepada malaikatNya.
Contoh:
“(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman.”
(Surah Al-Anfal ; ayat: 12)


# Penurunan Wahyu Allah kepada Malaikat

Firman Allah S.W.T mafhumnya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Surah Baqarah 30)

~ Antara cara penerimaan malaikat wahyu Allah S.W.T.


1) Penerimaan malaikat melalui kata-kata allah S.W.T tanpa perantaraan
> Menurut hadis at-Tabrani menjelaskan tentang bagaimana perkataan Allah S.W.T dan didengar oleh Malaikat. Malaikat Jibril bertalaqqi dan mendengar dari Allah S.W.T dengan lafaz yang khusus.

2) Al-Quran telah tetap tertulis di Lauh Mahfuz lalu Malaikat menghafalnya dan menurunkan wahyu itu kepada Rasulullah S.A.W
> Sepertimana diturunkan dalam satu jumlah ke Baitul Izzah dari langit dunia pada ayat pertama surah Al-Qadr, ayat ke-3 surah ad-Dukhan dan ayat ke-185 surah Al-Baqarah.

~ namun Al-Quran Tetap kalam Allah S.W.T bukan kalam Jibrail dan bukan kalam Muhammad s.a.w


# Penurunan Wahyu Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W

~ Allah S.W.T menyampaikan wahyu kepada rasulnya dengan dua cara. :

a) Dengan cara berperantaraan
> Mimpi yang benar semasa tidur.

Hadis riwayat dari Saidatina Aisyah yang bermaksud:
“ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.”

> Mendengar kata-kata Allah S.W.T melalui pelindung atau tabir.

Sepertimana peristiwa yang berlaku dalam kisah Nabi Ismail A.S
Juga berlaku kepada rasullah S.A.W ketika isra’ mi’raj

b) Dengan cara tidak berpeantaraan
Seperti penerimaan wahyu melalui Malaikat dan sebagainya.


# Penurunan Wahyu Allah S.W.T dari Malaikat kepada Rasulullah

a) Cara penurunan yang paling berat dirasakan oleh Rasulullah.

> iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah S.W.T :surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.


b) Cara penurunan yang ringan dirasakan Rasulullah S.A.W
 
> Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.

~ Riwayat oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.”

Thursday, March 4, 2010

PERBEZAAN QURAN, HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI.


Perbezaan Al-Quran, Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi

Ta’arif Al-Quran
Lughah:  
Ø  Apa yang ada dari kulit ke kulit
Ø  Yang dimulai dengan بسم الله الرحمن الرحيم  hingga من الجنة والناس
Istilah:
Ø  Kalam Allah yang qodim diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz, makna dan menjadi ibadat khusus.

Ta’arif Hadis Nabawi
Lughah:
Ø  Berlawanan dengan qodim (baharu). Merujuk kepada setiap perkataan yang diucapkan dan dipindahkan atau disampaikan kepada manusia dengan cara mendengar atau wahyu samada dalam keadaan tidur ataupun sedar.
Istilah:
Ø  Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat. (   صفة,تقرير,فعل ,قول)

v Perkataan (قول) :
·         sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
.الخطاب بن عمر عن مسلم و البخاري رواه طويل حديث مننوى ما امرئلكل إنماو ،بالنيات لأعمال إنما

v  perbuatan (فعل) :
·         Sepertimana Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada para shabat cara sembahyang  baginda bersabda : “ أصلي رأيتموني كما صلوا”  riwayat Al-Bukhari.


vPengakuan (تقرير) :
·         Pengakuan Rasulullah S.A.W dalam sesuatu perkara.
Contoh1)  :  peristiwa sahabat makan dhob dan Rasul hanya melihatnya tanpa melarang. Dan apabila ditanya baginda menyatakan hukum memakannya tidak haram.
Contoh 2) : peristiwa seorang lelaki menkhatamkan Al-Quran dengan surah Al-Ikhlas dalam satu solat berjemaah ketika perang yang tidak disertai oleh Rasulullah S.A.W.


v Sifat (صفة) :
Setiap sifat Rasulullah S.A.W :
Contoh : Rasul seorang yang sentiasa gembira, berpewatakan  mudah, lemah lembut, tidak kasar, tidak mencela dan tidak aib.



Ta’arif hadis Qudsi
Lughah :
Ø  Al-Qudsi –nisbah kepada kesucian yang menunjukkan keagungan dan penyucian.
Istilah :
Ø  Apa yang disandarkan Rasulullah S.A.W  kepada Allah.
Ø  Dalam Hadis Qudsi Rasul meriwayatkan dengan kalam Allah.
Contoh:    ……..عن أبى هريره ,أن رسول الله ص قال : يقول الله 



Beza Antara Al-Quran Dengan Hadis Qudsi


القرآن
 القدسي الحديث
1
Al-Quran kalam Allah yang diwahyu kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz dan ia melemahkan orang arab, dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran kerana Ia adalah mukjizat.
Hadis qudsi adalah kalam Allah,
 tidak untuk menentang dan ia bukan satu mukjizat
2
Al-Quran tidak dinisbahkankan kecuali kepada Allah.
Maka dikatakan : “Berkata Allah S.W.T” atau “Allah S.W.T berfirman
Hadis qudsi, ada yang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, “Allah telah berfirman.”
Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah.
Maka, dikatakan “Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang diriwayatkan dari Allah.”
3
Seluruh isi Alquran dinukilkan secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak dan betul-betul tsabit.
Hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
4
Al-Quran adalah dari Allah S.W.T lafaz dan makna dari Allah S.W.T dan Ia adalah wahyu juga dari lafaz dan makna.
Manakala Hadis Qudsi maknanya dari Allah S.W.T tetapi lafaznya dari Nabi. Dan Ia adalah wahyu dari makna bukan lafaz.
5
Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJA7HK3qWeHSjBiGBMrbqy31UqahOGG3ch9KI9p3PKJLFmhN3WcpZ-RWoKOaFy7FZgRVascqrtn9IJ87dbWi-h5O3NWqN8LfTKYHsrEmu2cZ4FcnYVtabFASyT3jisKyCeP2gPt6bYiOw/s400/untitled.bmp
“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).
Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiobNuamU0HdyCBRPxogi4c62Cd31UB-B7SbtCgNpwAv1_g9bwSNwCAC6wVLEf52_oqSq_J-CnH-gqmemVUP7UVoAm9kadgudxYr5pleCxS73fbEMsOxnMsRXBaNjAFciCua9r0y_Knm-Q/s400/g.bmp
Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud).”
Hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat.
Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.


Beza Antara Hadis Qudsi Dengan Hadis Nabawi

Ø Hadis Nabawi

              terbahagi kepada dua:


v  (توقيفي) Disampaikan dari Allah
  • Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.


v ( غير توقيفى)

  • Yang bersifat bukan tauqifi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.

    Ø Hadis َQudsi


  •      Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah S.A.W. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah S.A.W. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah S.A.W. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah S.A.W. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”

Friday, February 26, 2010

NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Allah menamakan Alquran dengan beberapa nama;


1) Alquran


“Alquran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (Al-Isra’: 9).

2) Kitab


“Telah kami turunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.” (Al-Anbiya’: 10).


3) Furqan


“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada semesta alam.” (Al-Furqan: 1).


4) Zikr


“ Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-Hijr: 9).


5) Tanzil


“Dan, Alquran ini Tanzil (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.” (Asy-Syu’ara: 192).


Al-Quran dan Al-Kitab lebih popular dari nama-nama yang lain. Dalam hal ini Dr. Muhammad Abdullah Daraz berkata, “Ia dinamakan Quran kerana ia ‘dibaca’ dengan lisan, dan dinamakan al-kitab kerana ia ‘ditulis’ dengan pena. Kedua nama ini menunjukkan makna yang sesuai dengan kenyataannya.”


Al-Quran dinamakan dengan kedua-dua nama ini memberikan tanda bahawa selayaknya ia dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan. Dengan demikian, apabila di antara salah satunya ada yang tersalahatau terpesong, maka ada yang lain akan meluruskannya. Kita tidak dapat menyandarkan hanya kepada seseorang sebelum hafalannya sesuai dengan tulisan yang telah disepakati oleh para sahabat, yang dinukilkan kepada kita dari generasi ke generasi menurut keadaan sewaktu dibuatnya pertama kali. Dan, kita pun tidak dapat menyandarkan hanya kepada tulisan penulis sebelum tulisan itu sesuai dengan hafalan tersebut berdasarkan isnad yang sahih dan mutawatir.


Dengan penjagaan yang berganda ini oleh Allah telah ditanamkan ke dalam jiwa umat Nabi Muhammad untuk mengikuti langkah Nabi-Nya, maka Quran tetap terjaga dalam benteng yang kukuh.


Hal itu tidak lain untuk mewujudkan janji Allah yang menjamin terpeliharanya Quran, seperti difirmankan-Nya,

“Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-hijr: 9).


Dengan demikian, Quran tidak mengalami penyimpangan, perubahan, dan keterputusan sanad, seperti terjadi pada kitab-kitab terdahulu.


Penjagaan yang berganda ini di antaranya menjelaskan bahawa kitab-kita samawi lainnya diturunkan hanya untuk dalam waktu itu, sedangkan Al-Quran diturunkan untuk membetulkan dan menguji kitab-kitab yang sebelumnya. Kerana itu, Quran mencakupi hakikat yang ada di dalam kitab-kitab terdahulu dan menambahnya dengan tambahan yang dikehendaki Allah. Al-Quran menjalankan fungsi kitab-kitab sebelumnya, tetapi kitab-kitab itu tidak dapat menempati posisinya. Allah telah menakdirkan untuk menjadikannya sebagai bukti sampai hari kiamat. Dan, apabila Allah mengkehendaki suatu perkara, maka Dia akan mempermudahkan jalannya ke arah itu. Kerana, Dia Maha bijaksana dan Maha tahu. Inilah alasan yang paling kuat.


Allah telah menyatakan Al-Quran dengan beberapa sifat, di antaranya sebagai berikut.
i. Nur(Cahaya)


“Wahai manusia, telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174).


ii. Huda(Petunjuk), Syifa’ (Ubat), Rahmah (Rahmat), dan Mau’izah (Nasihat)


“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan ubat bagi yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57).


iii. Mubin (yang Menerangkan)


“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.” (Al-Ma’idah: 15).


iv. Mubarak (yang Diberkati)


“Dan, Alquran ini adalah kitab yang telah kami berkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya ….” (Al-An’am: 92)


v. Busyra (Khabar Gembira)



“… yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadikan petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 97).

vi. ‘Aziz (yang Mulia)


“Mereka yang mengingkari az-zikr (Alquran) ketika Alquran datang kepada mereka, (mereka pasti celaka). Alquran adalah kitab yang mulia.” (Fussilat: 41).


vii. Majid (yang Dihormati)


“Bahkan yang mereka dustakan itu adalah Alquran yang dihormati.” (Al-Buruj: 21).

viii. Basyir (Pembawa Khabar Gembira ) dan Nazir (Pembawa Peringatan)


“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa khabar gembira dan yang membawa peringatan.” (Fusilat: 3–4).

Setiap penamaan atau pelukisan itu merupakan salah satu makna dalam Al-Quran.

DEFINISI AL-QURAN PADA BAHASA DAN ISTILAH

1. Dari segi bahasa:


 Qara’a mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun.

 Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.

 Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.



Allah SWT berfirman:

Ertinya: “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).


• qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vocal seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja.

• maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.

• Quran dikhususkan sebagai nama bagi kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Quran menjadi nama khas bagi kitab itu, ayat-ayatnya dan juga ilmu-ilmu di dalamnya.


Maka, jika kita mendengar orang membaca ayat Quran,kita boleh mengatakan bahawa ia sedang membaca Al-Quran.

Firman Allah s.w.t:
204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.
[591] Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran. (Al-A’raaf: 204).



Pendapat pertama : Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu kerana kitab ini merangkumi isi dari kitab-kitab-Nya, bahkan merangkumi semua ilmu.

Perkara itu disebut dalam firman-Nya yang bermaksud :


“Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).

“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).
Pendapat kedua : Sebahagian ulama berpendapat bahawa kata Quran itu pada asalnya tidak ada hamzah sebagai kata jadian.
Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa.
Adapun mungkin juga kerana ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bisy-syai’, yang bererti menghubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata qaraain (saling berpasangan), kerana ayat-ayatnya satu dengan yang lain saling menyerupai. Dengan demikian, huruf nun itu asli.
Namun, pendapat ini masih diragukan,- yang benar adalah pendapat yang pertama.
2. Secara Istilah
 Al-Quran memang sukar diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika yang mengelompokkan segala jenis, bahagian-bahagian, serta ketentuan-ketentuannya
 Yang khusus: mempunyai genus, differentia, dan propium, sehingga definisi Quran memiliki batasan yang benar-benar kongkrit.
 Definisi Alquran yang paling kuat adalah yang wujudnya dalam fikiran atau dalam realiti, misalnya kita menunjuk sebagai Quran kepada yang tertulis dalam mushaf atau terbaca dengan lisan. Untuk itu, kita katakan, “Quran adalah apa yang ada di antara dua buku,” atau kita katakan juga, “Alquran adalah bismillaahir rahmaanir rahiim, alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin …” sehingga “…minal jinnati wannaas.”


Para ulama menyebutkan definisi Alquran secara istilahnya ada empat :


 mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Alquran adalah kalam atau firman Allah.

 diturunkan kepada Muhammad saw.

 pembacaannya merupakan ibadah.

 dan penyampaian secara mutawatir.


Definisi kalam:- merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat.



Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus bagi milik-Nya.


“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109).

“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya.” (Luqman: 27).

Dan membatasi apa yang diturunkan itu hanya kepada Muhammad saw., tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil, dan lain-lain.

Adapun yang pembacaannya merupakan suatu ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis-hadis qudsi–bila kita berpendapat bahawa yang diturunkan Allah itu kata-katanya–sebab kata-kata pembacaannya sebagai ibadah, ertinya perintah untuk membacanya di dalam salat dan lainnya sebagai suatu ibadah, sedangkan qiraat ahad dan hadis-hadis qudsi tidak demikian halnya.

..:: VIDEO ::..