Friday, March 19, 2010

AYAT MAKKI DAN MADANI

PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui penurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya.

Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreteria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.

Keadaan tersebut dapat difahami melalui kata-kata Ibnu Mas’ud :

والله الذي لا اله غيره ، ما نزل تسورة من كتاب الله الأ وأنا اعلم اين نزلت ؟ ولا نزلت اية من كتاب الله لا وأنا اعلم فيهم نزلت؟ ولو اعلم ان احد اعلم منى بكتابه الله تبلغه الابل لركبت اليه.

Terjemahannya : Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia. Setiap surah yang diturunkan daripada al-Quran, aku mengetahui dimana surah itu diturunkan. Dan tiada satupun daripada ayat dalam Kitab Allah, melainkan aku pasti mengetahui tentang ayat yang diturunkan itu. Sekiranya aku mengetahui terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang Kitab Allah, dan seandainya aku masih dapat sampai kepadanya dengan untaku, nescaya aku pasti akan menunggangnya ke sana.

Oleh sebab itu, apabila seseorang itu mengkaji dan meneliti ayat-ayat al-Quran , pasti ia akan dapati kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat. Sebagaimana



Firman Allah :



Terjemahan : "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, Adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Surah al-saffat ayat 16

Ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentu Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telahpun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.

Sebagai rumusannya, kajian dan penelitian ulama’ berkaitan dengan ayat Makki dan madani dengan mengikuti keadaan berikut, iaitu :

 Berkaitan dengan urutan turunnya ayat di Mekah dan di Madinah.

 turunnya ayat di Mekah, namun hukumnya adalah Madani atau sebaliknya.

 Ayat yang diturunkan di Mekah berkaitan dengan penduduk madinah atau sebaliknya.

 Ayat Makki, namun di dalamnya ada ayat Madani atau sebaliknya.

 Ayat yang diturunkan di luar Mekah dan di luar Madinah, seperti Juhfah, Baitul Maqdis, Tai’f dan Hudaibah.

 Ayat yang diturunkan pada waktu malam dan siang.

 Ayat yang diturunkan musim panas, sejuk, di rumah dan ketika bermusafir.

 Ayat Madani dan surah Makki serta ayat Makki dalam surah Madani.

 Ayat yang dibawa daripada Mekah ke Madinah dan ayat dibawa dari Madinah ke Mekah.



 Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :

1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf

5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’

9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj

13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir

17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj

21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud

25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah

29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin

33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab

37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un

41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun

45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil

49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml

53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam

57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah

61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad

65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’raa 68)as-Syura

69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq

73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin

77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar

81)al-Insan 82) Fussilat.


Madani (20)                           Surah- surah yang menjadi khilaf(12)

1. Al Baqarah                       1. Al Fatihah

2. Ali ‘imran                         2.Ar Ra’d

3. An Nisaa’                        3. Ar Rahman

4. Al Maaidah                    4. Ash Shaaf

5. Al Anfal                         5. At Taghaabun

6. At Taubah                    6. Al Muthaffifin

7. An Nuur                       7. Al Qadr

8. Al Ahzab                     8. Al Bayyinah

9. Muhammad                 9. Az Zalzalah

10. Al Fath                     10. Al Ikhlas

11. Al Hujuraat              11. Al Falaq

12. Al Hadid                  12. An Naas

13. Al Mujadilah

14. Al Hasyr

15. Al Mumtahanah

16. Al Jumu’ah

17. Al Munafiqun

18. At Thalaq

19. At Tahrim

20. An Nashr


JUMLAH TEMPAT SURAH

SURAH MADANI : 20 SURAH

SURAH MAKKI : 82 SURAH

SURAH KHILAF : 12 SURAH

JUMLAH KESELURUHAN : 114 SURAH.

0 comments:

Post a Comment

..:: VIDEO ::..