Thursday, March 4, 2010

PERBEZAAN QURAN, HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI.


Perbezaan Al-Quran, Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi

Ta’arif Al-Quran
Lughah:  
Ø  Apa yang ada dari kulit ke kulit
Ø  Yang dimulai dengan بسم الله الرحمن الرحيم  hingga من الجنة والناس
Istilah:
Ø  Kalam Allah yang qodim diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz, makna dan menjadi ibadat khusus.

Ta’arif Hadis Nabawi
Lughah:
Ø  Berlawanan dengan qodim (baharu). Merujuk kepada setiap perkataan yang diucapkan dan dipindahkan atau disampaikan kepada manusia dengan cara mendengar atau wahyu samada dalam keadaan tidur ataupun sedar.
Istilah:
Ø  Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat. (   صفة,تقرير,فعل ,قول)

v Perkataan (قول) :
·         sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
.الخطاب بن عمر عن مسلم و البخاري رواه طويل حديث مننوى ما امرئلكل إنماو ،بالنيات لأعمال إنما

v  perbuatan (فعل) :
·         Sepertimana Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada para shabat cara sembahyang  baginda bersabda : “ أصلي رأيتموني كما صلوا”  riwayat Al-Bukhari.


vPengakuan (تقرير) :
·         Pengakuan Rasulullah S.A.W dalam sesuatu perkara.
Contoh1)  :  peristiwa sahabat makan dhob dan Rasul hanya melihatnya tanpa melarang. Dan apabila ditanya baginda menyatakan hukum memakannya tidak haram.
Contoh 2) : peristiwa seorang lelaki menkhatamkan Al-Quran dengan surah Al-Ikhlas dalam satu solat berjemaah ketika perang yang tidak disertai oleh Rasulullah S.A.W.


v Sifat (صفة) :
Setiap sifat Rasulullah S.A.W :
Contoh : Rasul seorang yang sentiasa gembira, berpewatakan  mudah, lemah lembut, tidak kasar, tidak mencela dan tidak aib.



Ta’arif hadis Qudsi
Lughah :
Ø  Al-Qudsi –nisbah kepada kesucian yang menunjukkan keagungan dan penyucian.
Istilah :
Ø  Apa yang disandarkan Rasulullah S.A.W  kepada Allah.
Ø  Dalam Hadis Qudsi Rasul meriwayatkan dengan kalam Allah.
Contoh:    ……..عن أبى هريره ,أن رسول الله ص قال : يقول الله 



Beza Antara Al-Quran Dengan Hadis Qudsi


القرآن
 القدسي الحديث
1
Al-Quran kalam Allah yang diwahyu kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz dan ia melemahkan orang arab, dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran kerana Ia adalah mukjizat.
Hadis qudsi adalah kalam Allah,
 tidak untuk menentang dan ia bukan satu mukjizat
2
Al-Quran tidak dinisbahkankan kecuali kepada Allah.
Maka dikatakan : “Berkata Allah S.W.T” atau “Allah S.W.T berfirman
Hadis qudsi, ada yang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, “Allah telah berfirman.”
Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah.
Maka, dikatakan “Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang diriwayatkan dari Allah.”
3
Seluruh isi Alquran dinukilkan secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak dan betul-betul tsabit.
Hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
4
Al-Quran adalah dari Allah S.W.T lafaz dan makna dari Allah S.W.T dan Ia adalah wahyu juga dari lafaz dan makna.
Manakala Hadis Qudsi maknanya dari Allah S.W.T tetapi lafaznya dari Nabi. Dan Ia adalah wahyu dari makna bukan lafaz.
5
Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.
http://3.bp.blogspot.com/_mlPDWoOS4Mw/R7AEE05pWuI/AAAAAAAAAEs/3Adbntamv0A/s400/untitled.bmp
“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).
Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,
http://3.bp.blogspot.com/_mlPDWoOS4Mw/R7AE805pWvI/AAAAAAAAAE0/gEJCJohGZHs/s400/g.bmp
Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud).”
Hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat.
Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.


Beza Antara Hadis Qudsi Dengan Hadis Nabawi

Ø Hadis Nabawi

              terbahagi kepada dua:


v  (توقيفي) Disampaikan dari Allah
  • Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.


v ( غير توقيفى)

  • Yang bersifat bukan tauqifi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.

    Ø Hadis َQudsi


  •      Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah S.A.W. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah S.A.W. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah S.A.W. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah S.A.W. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”

1 comments:

MUJAHIDAH NUR said...

assalamualaikum w.b.t..minta copy,,syukran a'la kulli hal,,

Post a Comment

..:: VIDEO ::..