Friday, March 19, 2010

CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT MAKKI DAN MADANI

Sebenarnya kita tidak dapat mengenali ayat-ayat Makki dan Madani atau tidak ada cara lain untuk mengetahui Makki dan Madani. Kecualilah dengan penjelasan yang dibuat oleh para Sahabat dan Tabi’in. Hal tersebut kerana Naabi tidak pernah menjelaskan dan tidak menyatakan mengenai persoalan itu semasa hayat Baginda.


Antara faktor yang ketara isalah kerana umat Islam pada masa hayat Nabi tidak perlu kepada penjelasan dan pembahagian Makki, Madani, tempat, masa dan sebab wahyu diturunkan oleh Allah. Di mana para sahabat menyaksikan sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda.

Biarpun ilimu yang berkaitan dengan Makki dan Madani diketahui menerusi penjelasan para sahabat dan tabi’in, namun begitu pada umumnya, ulama’ telah menetapkan terdapat ciri-ciri tertentu untuk mengetahui atau mengenali ayat Makki dan ayat Madani. Ciri tersebut dapat dibahagikan dua, iaitu :

1. Ciri-Ciri Khusus Ayat Makki

2. Ciri-Ciri Khusus ayat Madani

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MAKKI

1. Bersifat Qati’

Dapat dibahagikan kepada 6 bentuk :

1. Setiap surah yang terdapat dalam ayat Sajdah merupakan surah Makki. Ulama’ sepakat menetapkan sebanyak 16 tempat ayat Sajdah di dalam Quran.

2. Setiap surah dalam al-Quran yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu serta kisah umat terdahulu adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah sahaja.

3. Setiap surah yang terdapat di dalamnya lafaz Kalla adalah Makki. Di dalam al-Quran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada al-Quran.

4.Setiap surah yang terdapat dalamnya kisah Nabi Adam dan Iblis adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah.

5. Setiap surah yang terdapat di dalamnya ayat yang menyatakan dan menggunakan ungkapan atau lafaz wahai sekalian manusia ياأيها الناس

Kecuali ayat 77 di dalam Surah al-Hajj adalah ayat Makki dan ayat tersebut juga termasuk dalam ayat Sajdah.

6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-hurufsingkatan atau huruf al-Tahajji adalah Makki. Contohnya: Alif Lam Mim dan Alif Lam Ra

Kecuali di dalam surah al-Baqarah dan Ali-Imran, yang mana kedua-dua surah ini telah disepakati oleh ulama’ sebagai Surah Madani. Namun pon begitu, berkaitan Surah al-Ra’d ulama’ masih berselisih pendapat samaada ia Makki atau Madani.

2. Bersifat Aghlabi

Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:

1.Ayat yang menerangkan tentang aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik terhadap Allah S.W.T. adalah Makki.

2.Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, ayat Kauniyah, kekuasaan Allah, pengukuhan aqidah, menyeru kepada beriman kepada Allah S.W.T . Hari Akhirat juga menceritakan keadaan syurga dan neraka adalah Makki.

3. Membicarakan dan mencela perbuatan buruk masyarakat Arab Jahiliyah seperti : suka bunuh-membunuh, menanam atau membunuh anak perempuan hidup-hidup adalah Makki.

4. Ayat dan sukukata yang berbentuk pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras adalah Makki.

5.Ayat dan surah yang tedapat dalam banyak lafaz sumpah adalah Makki.

6. Perletakkan dasar umum dalam perundangan.

7. Menyebut kisah para Nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan agama. Antara lain ia sebagai hiburan untuk Nabi dan menghadapi rintangan.

8. Setiap atau kebanyakkan Surah al-Muffasal adalah Surah Makki. Surah al-Mufassal ialah surah-surah yang ada dibahagian akhir al-Quran, iaitu yang bermula daripada Surah al-Hujurat hingga akhir.

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MADANI

1. Bersifat Qati’

Antaranya ialah :

1. Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad adalah Madani.

2. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam adalah Madani.

3. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik adalah Madani, kecuali surah al-Ankabut.

 2. Bersifat Aghlabi

Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:

1. Ayat panjang-panjang dan member penjelasan serta keterangan yang terperinci adalah Madani, kecuali surah an-Nasr, al-Zalzalah, dan al-Baiyyinah.

2. Ayat dan surah yang menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan adalah Madani.

3. Menjelaskan tentang ibadat,muamalat, kekeluargaan, social, jihad dan hubungan antarabangsa.

4. Ayat yang dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا Wahai orang yang beriman , kecuali surah al-Hajj.

FAEDAH MEMPELAJARI MAKKI DAN MADANI

Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberi faedah yang besar, antaranya :

1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.

2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.

3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.

4.Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.

5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.

1 comments:

Anonymous said...

subhanallah..sodaqallah..syukran atas perkongsian y sgt bguna..moga2 ia mjadi ilmu y bmnfaat buat sy dan org lain ..amin

Post a Comment

..:: VIDEO ::..