Friday, March 19, 2010

PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

Secara umumnya, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama’ berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat-ayat Makki dengan Madini. Oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada tiga bahagian :


1. Pembahagian dari sudut masa.

2. Pembahagian dari sudut tempat.

3. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan.

 PEMBAHAGIAN DARI SUDUT MASA

Ulama’ golongan ini mengatakan surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan selepas Hijrah pula dinamakan ayat Madani.

Mengikut pendapat di atas, penumpuan kepada masa meliputi ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah, asalkan berlaku sebelum Hijrah tetap dinamakan ayat-ayat Makki. Manakala ayat yang diturunkan selepas Hijrah, tanpa mengira tempat, baik di Mekah, Madinah atau di mana sahaja dikira ayat Madani.

Pendapat golongan ini merupakan pendapat yang mashur dan juga pendapat yang diiktiraf oleh jumhur ulama’, kerana ia dikira meneluruh dan tepat dengan merangkumi ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi. Antara lain juga, pembahagian itu dibuat secara umum dengan tidak ada sebarang pencanggahan. Untuk itu, pendapat golongan pertama ini membuat pembahagian Makki dan Madani berasaskan kepada masa atau tempoh penurunan sesuatu ayat. Pendapat tersebut telah disokong oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya yang bernama : Tarikh al-Tasyri’ dengan menyatakan : Penurunan al-Quran dibahagikan kepada dua masa, iaitu :

a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Bermula 17hb. Ramadhan, 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiul Awal 54tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan di dalam jarak masa tersebut adalah Makki, yang meliputi hamper 19 Juz daripada al-Quran.

b. Masa selepas hijrah, selama 9 tahun,9 bulan dan 9 hari. Bermula awal bulan Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan Madani, yang meliputi 11 juz daripada al-Quran.

Bertolak dari situ, mengikut pendapat ulama’ golongan pertama ini, ayat 3 di dalam Surah al-Ma’idah dikira Madani, walaupun ia turun di Padang ‘Arafah pada tahun Hijjatul Wada’. Selepas Hijrah, iaitu terjemahan firman Allah S.W.T :

Yang bermaksud : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Madidah ayat 3D

onteks lain juga, semua ayat yang

 PEMBAHAGIAN DARI SUDUT TEMPAT

Pendapat ulama’ golongan kedua mengatakan surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang diturunkan di Madinah, adalah ayat Madani.

Pendapat golongan kedua ini adalah dinilai dari sudut tempat turunnya ayat. Semua ayat dan surah yang diturunkan di Mekah dan daerah sekitarnya seperti : Arafah, Hudaibiyah, dan Mina dinamakan ayat Makki, walaupun ia diturunkan selepas Hijrah. Manakala semua ayat serta surah yang diturunkan di Madinah dan daerah sekitarnya seperti : Bandar, Quba, dan Uhud adalah ayat Madani, biarpun ia diturunkan selepas Hijrah.

Pendapat golongan kedua ini dikira tidak tepat, kerana ia tidak Jami’ Mani’, iaitu tidak meliputi dan tidak menyeluruh, kerana ada juga ayat yang tidak diturunkan di Madinah, contohnya : Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusaffir, ketika Nabi berada di Tabuk dan sebagainya. Dalam konteks lain juga, pendapat kedua ini adalah berdasarkan tempat dan mengambil kira tempat ayat itu diturunkan.

Oleh sebab itu pendapat kedua ini disangkal, kerana tidak merangkumi semua ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi, iaitu seperti ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan tidak di Madinah serta tidak di kawasan sekitar keduanya. Contohnya ialah :

1. Firman Allah di dalam Surah al-Taubah :



Terjemahannya : Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Surah al-Taubah ayat 42

Dimana ayat tersebut diturunkan di Tabuk.

Justeru itu berdasarkan bukti tersebut menunjukkan pendapat kedua tersebut adalah tidak tepat, dimana berdasarkan pengertian dan pembahagian yang mereka berikan itu menyebabkan ada ayat-ayat yang tidak termasuk di dalam mana-mana bahagian.

 TUMPUAN PEMBAHAGIAN DARI SUDUT PENURUNAN

Pendapat ulama’ golongan ketiga pula mengatakan ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau Khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki, manakala ayat dan surah yang ditunjukkan atau Khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat Madani.

Dalam erti kata lain, pendapat golongan ketiga ini dinilai dari sudut tumpuan penurunan dan tujuan arahnya. Ayat Khitabnya ditunjukkan kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang Khitabnya ditujukan kepda penduduk Madinah dinamakan ayat Madani. Menurut pendapat ketiga, ayat Makki biasanya menngunakan lafaz ياأيها الناس wahai sekalian manusia dan ayat Madani pula dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا wahai orang yang beriman.

3 comments:

Qalam hati said...

mohon share..!!

Anonymous said...

nak tanye maklumat nie dapat katne erk?.. boleh tak bagi tajuk buku rujukan ...

Anonymous said...

iD weChat hasn5723

Post a Comment

..:: VIDEO ::..