Monday, March 8, 2010

WAHYU DAN TA'ARIFNYA

Wahyu memberi maksud pemberitahuan Allah S.W.T kepada sesiapa yang terpilih dikalangan hambaNya tentang apa yang ingin disampaikan dari warna hidayah dan ilmu.
~ wahyu datang dengan cara sembunyi dan luar biasa.

Contohnya:
a)Percakapan antara hmba dengan Tuhannya ; seperti dalam kisah Nabi Musa A.S berbicara dengan Allah S.W.T.

b) Ilham yang dikurniakan kepada hamba yang dipilih dengan cara paksa atau tidak dapat ditolak oleh penerima dan tidak ada keraguan lagi dalam ilham itu.

c) Mimpi yang benar datang dalam pasti dan tetap seperti cahaya subuh ketika terbitnya.

d) Perantaraan Malaikat Jibrail Alaihi Salam, Malaikat yang mulia.

# Cara malaikat Jibril turunkan Wahyu

a) Jibril datang dalam rupa sebenar.
~ dalam keadaan ini berlaku sebanyak dua kali, yang pertama di bumi iaitu pada permulaan penurunan wahyu iaitu surah Al-A’laq dan yang kedua di langit, iaitu pada malam peristiwa isra’ mi’raj.
b) Jibril datang dalam rupa manusia.

c) Jibril datang dalam keadaan sembunyi

d) Jibril datang dengan tanda seperti bunyi loceng



# Makna wahyu dari segi lughah


Terbahagi kepada pelbagai bentuk:

1) Ilham semulajadi kepada manusia.
Contoh: wahyu Allah S.W.T kepada ibu Musa A.S.
“dan kami ilhamkan kepada ibu Musa ;’susuilah dia (Musa), dan apabila kamu mengkhuatiri terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke Sungai ((Nil).”
Surah Al-Qasas ; ayat:7

2) Ilham yang tertentu kepada haiwan.
Contoh: wahyu Allah S.W.T kepada lebah.
“dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.”
(Surah An-Nahl ; ayat: 68)

3) Isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik.
Contoh: firman Allah S.W.T tentang Nabi Zakaria.
“maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
(Surah Maryam ; Ayat: 11)

4) Was-was Syaitan, iaitu godaan atau bisikan Syaitan sebagai perhiasan kejahatan bagi manusia.
Contoh:
“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.”
(Surah Al-An’am ; ayat:121)

5) Perintah dari Allah swt kepada malaikatNya.
Contoh:
“(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman.”
(Surah Al-Anfal ; ayat: 12)


# Penurunan Wahyu Allah kepada Malaikat

Firman Allah S.W.T mafhumnya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Surah Baqarah 30)

~ Antara cara penerimaan malaikat wahyu Allah S.W.T.


1) Penerimaan malaikat melalui kata-kata allah S.W.T tanpa perantaraan
> Menurut hadis at-Tabrani menjelaskan tentang bagaimana perkataan Allah S.W.T dan didengar oleh Malaikat. Malaikat Jibril bertalaqqi dan mendengar dari Allah S.W.T dengan lafaz yang khusus.

2) Al-Quran telah tetap tertulis di Lauh Mahfuz lalu Malaikat menghafalnya dan menurunkan wahyu itu kepada Rasulullah S.A.W
> Sepertimana diturunkan dalam satu jumlah ke Baitul Izzah dari langit dunia pada ayat pertama surah Al-Qadr, ayat ke-3 surah ad-Dukhan dan ayat ke-185 surah Al-Baqarah.

~ namun Al-Quran Tetap kalam Allah S.W.T bukan kalam Jibrail dan bukan kalam Muhammad s.a.w


# Penurunan Wahyu Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W

~ Allah S.W.T menyampaikan wahyu kepada rasulnya dengan dua cara. :

a) Dengan cara berperantaraan
> Mimpi yang benar semasa tidur.

Hadis riwayat dari Saidatina Aisyah yang bermaksud:
“ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.”

> Mendengar kata-kata Allah S.W.T melalui pelindung atau tabir.

Sepertimana peristiwa yang berlaku dalam kisah Nabi Ismail A.S
Juga berlaku kepada rasullah S.A.W ketika isra’ mi’raj

b) Dengan cara tidak berpeantaraan
Seperti penerimaan wahyu melalui Malaikat dan sebagainya.


# Penurunan Wahyu Allah S.W.T dari Malaikat kepada Rasulullah

a) Cara penurunan yang paling berat dirasakan oleh Rasulullah.

> iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah S.W.T :surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.


b) Cara penurunan yang ringan dirasakan Rasulullah S.A.W
 
> Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.

~ Riwayat oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.”

1 comments:

audiomudah said...

adakah manusia biasa akan dikunjungi Jibrail A.S? Pernah terdengar satu cerita dimana seorang hamba Allah ini sangsi wujud syurga neraka namun dimalam hari tersentak dri mimpi lalu terdengar gemerincing loceng di dalam kamarnya...

Post a Comment

..:: VIDEO ::..